Thursday 25 October 2012

Bunga-bungaan di Bukit Fraser

Sukar hendak digambarkan dengan kata-kata mengenai keindahan Bukit Fraser ini terutamanya bunga-bungaan di situ. Lanjutan dari entri saya sebelum ini, masih mengenai Rumah Peranginan Bukit Fraser. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai bunga-bungaan yang terdapat di sekitar Rumah Peranginan tersebut dan juga di Bukit Fraser. Ini adalah beberapa gambarfotonya untuk saya kongsikan.

Bunga Fraser-8

Bunga Fraser-6

Bunga Fraser-11

Bunga Fraser-1

Bunga Fraser-2 


Bunga Fraser-3

 
Bunga Fraser-4


Bunga Fraser-7

Bunga Fraser-5 






Wednesday 24 October 2012

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser. Rumah Peranginan ini merupakan rumah rehat yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri sebagai kemudahan kepada kakitangan Kerajaan. Rumah Peranginan ini terletak di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur. Rumah yang saya tempah untuk penginapan adalah Banglo Jenis B iaitu bagi sebuah banglo yang mempunyai enam buah bilik. Ada tiga buah bilik besar dan tiga buah bilik kecil kesemuanya. Kami bercuti sekeluarga dengan ibu dan adik-beradik saya. Pendek kata, kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. 
Rumah Peranginan-1
Rumah Peranginan-2

Rumah Peranginan-3


Rumah Peranginan-4

Kami juga boleh dikatakan beruntung kerana dapat peluang untuk menginap di Rumah Peranginan ini. Bukannya mudah untuk dapat menempah Rumah Peranginan ini kerana sambutannya yang amat menggalakkan. Saya menempahnya dari bulan Februari 2012 untuk penginapan pada bulan September 2012. Lama bukan?. Kami juga bertuah kerana dapat menikmati perkhidmatan dan fasiliti yang ‘baru’. Ini adalah kerana Rumah Peranginan ini baru dibuka semula kerana sebelum itu ia ditutup untuk direnovasi dari bulan April hingga Jun 2012. Jadi, fasiliti yang disediakan sudah semestinya semakin baik.

Rumah Peranginan-6

Rumah Peranginan-7

Rumah Peranginan-8

Rumah Peranginan-9

Rumah Peranginan-10


Dengan cuaca yang dingin, udara yang segar, pemandangan yang indah dan menyejukkan mata, kami rasakan percutian yang singkat di sini membuatkan kami rasa tidak puas. Pemandangan bunga-bungaan yang cantik dan disinari cahaya matahari pagi membuatkan diri merasa tidak mahu pulang ke kota. Fasiliti banglo itu sendiri yang dilengkapi dengan peralatan seperti televisyen dengan kemudahan Astro, internet dengan wifi, peti sejuk, penghawa dingin,  taman permainan kanak-kanak, gas untuk
memasak dan ketuhar pemanas membuatkan kami rasa amat selesa sekali. Tidak perlu membawa pinggan dan mangkuk kerana peralatan sedemikian telah disediakan. Yang penting, bawa sahaja bahan masakan dan masaklah di dapur yang disediakan. Juga,
terdapat kemudahan gelanggang badminton dan tempat untuk aktiviti BBQ menjadikan tempat ini amat sesuai untuk percutian dan perjumpaan keluarga.

Rumah Peranginan-11

Rumah Peranginan-13

Rumah Peranginan-14

Rumah Peranginan-16


Masih ingat lagi perjalanan menuju ke Bukit Fraser. Tidak sukar mencari tempat ini kerana adanya papan tanda yang menunjuk arah. Namun, jika hendak ke sini jangan pula pergi waktu malam kerana perjalanan mungkin akan berasa sunyi. Di kiri dan kanan jalan kelihatan beberapa buah banglo samada yang milik persendirian ataupun milik syarikat korporat. Jika hendak ke sini, datanglah awal supaya anda tidak sesat nanti lebih-lebih lagi jika waktu gelap. Cuaca di Bukit Fraser masih sejuk ketika kami ke sana. Kita semestinya harus menghargai keindahan bumi ini. Cuaca sejuk sebegini tidak akan kekal jika bukan kita yang sentiasa menjaga bumi ini dengan baik untuk generasi akan datang.

Rumah Peranginan-17

Rumah Peranginan-18

Rumah Peranginan-19

Rumah Peranginan-20


Pegawai Penyelia yang bertugas juga amat mesra. Namun, jauh dari hiruk pikuk kota aktiviti malam semestinya yang sesuai adalah makan-makan bersama keluarga, menonton televisten atau membuat aktiviti BBQ. Kami rasa gembira dengan percutian ini. Terima kasih kepada BPH kerana menyediakan kemudahan seperti ini.
Perjalanan pulang atau turun dari Bukit Fraser tidak seperti dahulu lagi yang menggunakan sistem giliran untuk menggunakan jalan kerana faktor jalan yang sempit dan terhad pada ketika itu. Kini, pihak yang berwajib telah membuka jalan baru. Jalan tersebut agak sunyi, berliku dan pemanduan menerusi lereng bukit dengan kecerunan tinggi. Pada ketika itu, kami melalui Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu. Kelihatan air empangan yang sangat susut sehingga menampakkan dasar tanah.

InsyaAllah, jika ada kesempatan ingin lagi kami datang ke sana. Kepada yang berminat, untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang BPH.-
Sweetzeehan
Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.