Sunday 1 May 2016

Biji Saga & Pokok Saga

Baru-baru ini kami sekeluarga mengadakan aktiviti riadah di Taman Tasik di Presint 16, Putrajaya. Satu penemuan yang menarik bagi kami. Saya terjumpa biji saga. Warnanya yang merah terang, sangat menarik dan terlalu unik bagi saya. Teringat semasa kecil dahulu, di hadapan sekolah saya ada sebuah pokok saga. Bila balik sekolah, ketika menunggu bas sekolah saya dan kawan-kawan bermain dengan biji-biji saga di bawah pohon saga itu.

Ok, sesiapa yang berminat nak tengok pokok saga bolehla ke Presint 16. Tasik berhampiran Alamanda, di sekelilingnya ada pokok saga. Difahamkan, kulit kayu pokok saga ini boleh merawat penyakit kulit kusta.

Ok, ini gambar biji saga yang begitu banyak kelihatan di bawah pohon saga. Kalau rajin bolehlah kutip. Simpan dalam bekas lutsinar, buat koleksi biji saga tentu sahaja menarik.


Biji saga yang bertaburan di bawah pohon saga

Pokok saga (2)
Pokok saga ini tinggi rupanya

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.