Friday 19 July 2013

Singgah Sebentar di Gua Tempurung











Perjalanan pulang kami dari percutian di Ipoh, Perak pada Mac 2013 ke Kuala Lumpur membuatkan kami melalui Jalan Persekutuan sebelum keluar di Tapah untuk menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Ini membuatkan kami mengambil kesempatan itu untuk singgah di Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Ini juga adalah pertama kali saya mengunjungi Gua Tempurung di mana sebelum ini hanya melihat pemandangan bukit batu kapur itu yang terletak bersebelahan dan berhampiran Lebuhraya Utara Selatan.

Hati rasa sungguh teruja dapat mendekati kaki bukit di Gua Tempurung tersebut. Ketika sampai di sana, saya bersama keluarga dan anak-anak kecil. Jadi, sememangnya kami tidak merancang untuk memasuki dalam gua tersebut memandangkan tiga anak kecil kami yang turut bersama mungkin keadaan tidak sesuai bagi mereka.

Kami hanya mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di persekitaran gua tersebut dan melihat-lihat keadaan sekeliling. Mungkin gambarfoto di bawah ini boleh menceritakan sedikit sebanyak mengenai suasana persekitaran Gua Tempurung tersebut:-
Gua Tempurung-1
Pemandangan kehijauan di hadapan `pintu’ Gua Tempurung
Gua Tempurung-2
Keindahan pokok buluh di persekitaran Gua Tempurung
Gua Tempurung-3
Kekayaan spesies pokok buluh di kawasan tersebut
Gua Tempurung-4
Terdapat sebuah tasik yang setenang mata memandang juga terdapat aktiviti rekreasi air di situ
Gua Tempurung-5
Pemandangan unik di pondok teduhan dengan tumbuhan rumput di atas bumbungnya
Gua Tempurung-6
Sedikit latar-belakang mengenai Gua Tempurung di papan tanda informasi ini yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia
Gua Tempurung-7
Titian yang dibina dan disediakan kepada orang awam untuk memasuki ke dalam Gua Tempurung tersebut
Gua Tempurung-8
Tumbuhan yang terdapat di situ
Gua Tempurung-9
Bukit yang menyimpan khazanah Gua Tempurung

Jadi, kepada yang berminat aktiviti jelajah bolehlah singgah di Gua Tempurung ini. Mungkin bila tiba masanya yang sesuai nanti, jika diizinkan bolehlah kami juga menjelajahi Gua Tempurung.

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.