Sunday 21 July 2013

Melihat Istana Kellie



Selama ini saya hanya membaca kisah mengenai Istana Kellie atau Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Kebanyakan kisah yang dibaca mengenainya adalah seperti kisah misteri, sejarah mahupun mistik disebalik bangunan lama yang tersergam unik, megah dan indah ini.


Ketika kami pulang bercuti dari Ipoh, Perak pada April 2012 dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan melalui Jalan Persekutuan di Batu Gajah, Perak kami sempat singgah di Istana Kellie ini. Berpandukan arah peta di telefon pintar, istana tersebut terletak tidak jauh dari persimpangan Jalan Persekutuan.

Ketika itu, cuaca sangat panas dan terik memandangkan ianya waktu tengahari. Kami hanya melihat bangunan ini dari persekitaran di situ sahaja dan tidak pula kami memasuki kawasan bangunan tersebut. Lebih-lebih lagi, faktor anak-anak kecil kami yang sedang tidur di dalam kereta menyebabkan kami tidak berkesempatan untuk meninjau kawasan di dalam bangunan itu. 

Ini adalah beberapa gambarfoto Istana Kellie:-

Kellie Castle-1

Kelihatan bangunan Istana Kellie yang masih kukuh tergergam indah walaupun ianya sebuah bangunan lama

Kellie Castle-2

Istana Kellie merupakan kawasan yang menjadi tumpuan dan tarikan pelancong kerana keunikan kisah sejarah dan misteri di sebalik pembinaan bangunan ini

Kellie Castle-3

Istana Kellie terletak tidak jauh dari persimpangan Jalan Persekutuan di Batu Gajah, Perak

Kellie Castle-4

Waktu operasi untuk memasuki bangunan ini adalah dari jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang

Kellie Castle-5
Informasi di kaunter tiket

Kellie Castle-6

Ini adalah gambarfoto Agnes Smith yang merupakan isteri kepada William Smith

Kellie Castle-7

Terdapat informasi mengenai cicit William Kellie Smith yang mengunjungi Istana Kellie ini pada sekitar tahun 2007

Kellie Castle-9

Terdapat sebuah sungai berdekatan bangunan tersebut iaitu Sungai Kinta
Dikatakan seperti terbinanya Istana Taj Mahal atas dasar cinta, begitulah juga pembinaan Istana Kellie ini yang merupakan lambang kasih sayang dan cinta William Kellie Smith terhadap isterinya yang bernama Agnes.

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.