Tuesday 23 July 2013

Jelajah Keluarga ke Sungai Lembing


Perjalananku ke Sungai Lembing yang terletak kira-kira 42 km dari bandar Kuantan, Pahang merupakan satu perjalanan yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan dan tempat terpencil di mana suatu masa dahulu ia merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang penting, aktif dan masyhur. Sehingga tahun 1970-an, Sungai Lembing masih merupakan pengeluar utama bijih timah di negara ini.

Sungai Lembing-1

Sungai Lembing-2

Pada awalnya, ketika suamiku mengajak untuk ke Sungai Lembing, mendengarkan namanya sahaja, terus terang bahawa aku tidak begitu mengenali dan mengetahui mengenai tempat bersejarah ini. Cuma, apa yang aku ingat di dalam kotak fikiran ini adalah mengenai Sungai Lembing iaitu sebuah kawasan perlombongan bijih timah seperti mana yang aku pelajari dalam matapelajaran Sejarah sewaktu zaman persekolahan di tingkatan menengah suatu masa dahulu.

Sungai Lembing-4

Sungai Lembing-7

Sungai Lembing-8


Tetapi, dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi percutian keluarga kami di Pantai Timur pada Mei 2009, telah memberi gambaran yang manis dan indah buatku walaupun aku bukanlah pencinta subjek Sejarah. Pandangan pertama aku sebaik sahaja berkunjung ke sana adalah Sungai Lembing merupakan suatu `kawasan tinggal’ yang jauh dari kota, kawasan terpencil dan kawasan berpendudukan golongan lama. Timbul beberapa persoalan iaitu `mengapa mereka tinggal di dalam kawasan hutan seperti ini suatu masa dahulu?’, `sudah pasti suatu waktu yang lalu, pekan ini merupakan pekan yang aktif’, `mengapa kawasan ini menjadi kawasan tinggal?’.

Sungai Lembing-9

Perjalanan dari Kuantan ke Sungai Lembing dengan pemandangan hutan mejadikan perjalanan lebih menarik dan sunyi di samping menikmati keindahan alam semulajadi yang berlatarbelakangkan hutan, sungai, bukit batu kapur, kawasan kampung dan pekan-pekan kecil.

Sungai Lembing-10

Sungai Lembing-11

Terdapat sebuah masjid lama di sana, sebuah rumah kongsi pekerja tinggalan lama bagi pekerja pelombong bijih, sebuah `stesen minyak’ mini (itupun kalau boleh dipanggil stesen minyak), deretan kedai kayu, sebatang sungai yang airnya cetek, jambatan gantung, air terjun dan juga Muzium Sungai Lembing.

Sungai Lembing-12

Sungai Lembing-13

Sungai Lembing-14


Sungai Lembing-15

Bagaimanapun, sukar hendak menggambarkan semuanya dengan kata-kata. Tetapi, lawatlah sendiri ke sana. Pasti menarik bagi mereka yang meminati Sejarah asal usul kependudukan, sosio-ekonomi serta transisi biologi dan geografi. Perjalanan mungkin lebih menarik dan menyeronokkan jika masuk ke kawasan perkelahan air terjun berdekatan di mana tempat tersebut tidak aku kunjungi kerana lokasinya agak ke dalam hutan sedikit begitu juga dengan kawasan bekas perlombongan itu sendiri yang tidak sempat aku lawati.

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.