Sunday 1 May 2016

Biji Saga & Pokok Saga

Baru-baru ini kami sekeluarga mengadakan aktiviti riadah di Taman Tasik di Presint 16, Putrajaya. Satu penemuan yang menarik bagi kami. Saya terjumpa biji saga. Warnanya yang merah terang, sangat menarik dan terlalu unik bagi saya. Teringat semasa kecil dahulu, di hadapan sekolah saya ada sebuah pokok saga. Bila balik sekolah, ketika menunggu bas sekolah saya dan kawan-kawan bermain dengan biji-biji saga di bawah pohon saga itu.

Ok, sesiapa yang berminat nak tengok pokok saga bolehla ke Presint 16. Tasik berhampiran Alamanda, di sekelilingnya ada pokok saga. Difahamkan, kulit kayu pokok saga ini boleh merawat penyakit kulit kusta.

Ok, ini gambar biji saga yang begitu banyak kelihatan di bawah pohon saga. Kalau rajin bolehlah kutip. Simpan dalam bekas lutsinar, buat koleksi biji saga tentu sahaja menarik.


Biji saga yang bertaburan di bawah pohon saga

Pokok saga (2)
Pokok saga ini tinggi rupanya

Gastrik dan Asid Refluks (GERD)

Secara umumnya, ramai yang sudah pasti tahu tentang gastrik. Tetapi asid refluks mungkin ramai yang tidak tahu. Pada tahun lepas merupakan saat yang paling sukar untuk saya lalui. Menghadapi gastrik yang teruk dan mengalami masalah asid refluks atau dikenali sebagai `Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD)’.

Stomach

Ok, untuk ketahui lebih lanjut jom ikuti Facebook dan Instagram ini:-

FB
Like Facebook Gastrik dan Asid Refluks (GERD): Klik Sini

Like Facebook Gastro Esophageal Reflux Disease dan Anxiety Malaysia: Klik Sini

Like Facebook Bagaimana Saya Sembuh Dari GERD: Klik Sini

IG
Ikuti Instagram @gerdandanxietymalaysia

Kenangan 1980-an, Pembaris Corak

Kali ini saya hendak tunjukkan pembaris corak ini. Suatu masa dahulu, semasa kecil pembaris ini sangat popular. Ini kerana pembaris ini dapat membuat rekabentuk corak yang menarik. Masa kecil dahulu, rasa kagum dengan pembaris ini. Pelbagai corak yang cantik dapat dibuat. Rasanya, pada tahun 1980-an itu ia mula diperkenalkan dan sampai sekarang masih ada dijual lagi di pasaran. Letakkan sahaja pensil di tengah bulatan kecil pada corak-corak bulatan kecil tersebut dan secara tidak langsung anda akan tahu sendiri bagaimana hendak membentuk corak dengannya. Ini pembarisnya:- 



Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.