Kali ini saya hendak tunjukkan pembaris corak ini. Suatu masa dahulu, semasa kecil pembaris ini sangat popular. Ini kerana pembaris ini dapat membuat rekabentuk corak yang menarik. Masa kecil dahulu, rasa kagum dengan pembaris ini. Pelbagai corak yang cantik dapat dibuat. Rasanya, pada tahun 1980-an itu ia mula diperkenalkan dan sampai sekarang masih ada dijual lagi di pasaran. Letakkan sahaja pensil di tengah bulatan kecil pada corak-corak bulatan kecil tersebut dan secara tidak langsung anda akan tahu sendiri bagaimana hendak membentuk corak dengannya. Ini pembarisnya:-
Sunday, 1 May 2016
Kenangan 1980-an, Pembaris Corak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment