Sunday 21 July 2013

Membeli-belah di Silk Street Market


Jika anda ke Beijing, China jangan lupa singgah di Silk Street Market. Silk Street Market merupakan pusat membeli-belah yang terkenal di Kota Beijing dan menjadi tumpuan para pelancong. Antara barangan menarik yang dijual di situ adalah seperti beg tangan, kasut, pakaian, kain sutera dan pelbagai lagi. Di sini juga terdapat menjual barangan kraftangan dan cenderahati bagi mereka yang berhasrat untuk mencari dan membawa pulang ole-ole.

Silk-2
Inilah Silk Street Market di Kota Beijing, China
Jika ke Beijing, bolehlah singgah di Silk Street Market ini

Silk-3
Antara barangan yang menjadi tumpuan adalah produk kain yang diperbuat daripada fabrik sutera seperti baju Cheongsam, alas meja, barangan perhiasan dalaman rumah dan juga kraftangan

Silk-5
Beg duit wanita yang saya beli untuk diberikan sebagai cenderahati

Silk-6
Beg kain yang unik ini juga dibeli untuk diberikan sebagai cenderahati


Di Silk Street Market, juga terdapat menjual barangan beg dompet. Namun, dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memegang, memilih atau membeli barangan yang diperbuat daripada kulit ini bagi mereka yang beragama Islam. Ini adalah kerana ada yang terdapat barangan kulit seperti ini diperbuat daripada kulit khinzir.


Silk-8
Pemandu teksi ini adalah seorang wanita dan sukar baginya untuk memahami Bahasa Inggeris

Sekiranya anda hendak pergi dengan menaiki teksi, bagi anda yang tidak pandai berbahasa Cina dinasihatkan kepada anda untuk meminta bantuan daripada pihak hotel untuk menulis nama tempat yang anda ingin pergi atau tujui supaya untuk mengelakkan masalah komunikasi. Seperti pemandu teksi ini, kami bersama-sama tidak memahami bahasa yang dipertuturkan masing-masing di mana kami berbahasa Inggeris dan pemandu tersebut berbahasa Cina. Mujurlah pihak hotel yang kami menginap membantu untuk menulis nama tempat tersebut pada sekeping kertas dalam tulisan Cina dan memberikan kami kad alamat hotel supaya tidak sesat nanti.


Di Silk Street Market juga, anda boleh tawar-menawar. Harga yang dijual agak berbaloi. Namun, janganlah pula tawar-menawar dengan harga yang tidak berpatutan kelak nanti tidak akan menggembirakan peniaga-peniaga di situ.


Silk-4
Beg plastik `Silk Street Market’


Silk-7
Beg dompet lelaki dan wanita, hati-hati ketika hendak membeli barangan kulit seperti ini





No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.